Friday, November 03, 2006

Eimran & Demam Kawasaki

Anak sulungku Eimran masuk hospital Selasa lepas. Doktor K di Pusrawi bilang dia harus masuk hospital, demamnya sudah lama bangat - 2 minggu tak kebah-kebah. Sampai naik bingung & risau papa & mamanya. Mula demamnya seminggu sebelum Raya. Pergi ke klinik biasa, diberi ubat biasa namun kesihatannya tidak kembali seperti biasa. Demamnya tidak surut, malah makin bertambah kepanasannya. Papa & mama mulai risau & bingung. Demam apa ini yg tidak bisa surut? Selalunya kalau diberi ubat biasa, dia akan kembali sembuh selepas 2-3 hari. Habis kuberikan madu asli Khaula Iran (antibiotik asli) namun tiada hasilnya.

Habis 3 klinik dikunjungi sebelum dan selepas Raya namun tiada hasil positif. Ada doktor yg kata tonsilitis, ada yg syak demam denggi hinggakan aku terpaksa berkunjung ke Pusrawi utk membuat ujian darah Eimran sehari sebelum Raya. Kasihan anakku, habis lengannya dicucuk jarum utk diambil darah. Uratnya halus, terpaksa dicucuk 3 kali. Menangis dia kesakitan. Namun aku terpaksa merelakan demi kesihatannya. Hasilnya negatif denggi, platelet nya normal. Bingung sih! Sakit apa ini?

Justeru, papa & mama beraya dalam keadaan suram, risau kesihatan Eimran. Namun Raya diteruskan. Ubat siap dibawa bekal untuk balik kampung. Namun demam tidak surut. Kelenjar dilehernya mulai bengkak. Lalu papa mama ambil keputusan utk berjumpa Dr M sekali lagi utk kepastian, apa punca sebenarnya demam Eimran ini. Bagi aku, demam itu hanya simptom, punca sakitnya perlu dikenalpasti. Dia sarankan aku bawa dia ke Pusrawi sekali lagi jumpa Dr K, pakar pediatrik.

Dr K pun pada mulanya tidak pasti, tapi pada hari ke-3 Eimran berada dihospital, Dr K memberikan diagnosis bahawa Eimran terkena Demam Kawasaki... Haaaa.. demam Kawasaki? Apa benda itu? Yang aku tahu Kawasaki jenama motorsikal! Iya, jangan hairan.... memang ada penyakit namanya Demam Kawasaki, hasil penemuan doktor Kawasaki dari Jepun . Pergi cari di Google, nescaya akan jumpa.

Simptomnya demam berpanjangan, bengkak kelenjar - sama seperti Eimran. Ubatnya mahal - 500 satu botol. Harus diberikan 4 botol sehari selama 3 hari, sama dengan 6000 lemon. Hatiku lega insurans syarikat yg tanggung. Kalau tidak bisa surut demam & bengkaknya, Dr K harus mengambil sel kelenjar di tengkuk utk dianalisa. Harapnya tidak perlu. Aku kasihan melihat Eimran dicucuk, dibelah... Cukuplah kesakitannya itu!

Ramadhan & Raya bagiku kali ini, memang benar-benar menguji kesabaranku sebagai seorang bapa. Eimran anakku ini sudah tegar keluar masuk hospital sejak umurnya 2 tahun. Institut Pediatrik, KBMC, Ampang Puteri & Tawakkal semuanya sudah didiami.... Alhamdulillah, dia sembuh dari semua penyakit acute nya. Aku berdoa sentiasa tiada penyakit kronik yang tersembunyi.....

Sebagai papa aku harus tabah & berusaha untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk kesihatannya. Aku bersyukur kerana syarikat mempunyai insurans perubatan yang lengkap. Kalau dulu aku kerja dengan firma guaman, semuanya harus ku tanggung sendiri. Apalagi kad plastik lah jadi sandaran, Visa & Mastercard jadi penyelamat. Itulah kerja sebagai peguam, namanya glamour hebat, gajinya mungkin tinggi sedikit, tapi bab insurans kesihatan memang tiada dalam faedah pekerjaan. Itu semua harus ditanggung sendiri. Tanya semua peguam, semua sama. Lalu aku berhijrah sebagai "in-house lawyer" - faedahnya cukup untuk membantu aku sekeluarga pada hari-hari seperti ini. Mungkin gaji aku tidak sehebat teman-teman peguam yg lain, tapi aku bersyukur semuanya ditanggung beres.

InsyaAllah, aku sentiasa optimis dalam semua keadaan. InsyaAllah Eimran akan sihat tak lama lagi & kembali ke rumah. Dia anak yang cekal. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan keluargaku, isteriku & anak-anakku. Semua ini cobaan sebagai ibubapa. Mungkin Tuhan mahu mengajar aku agar lebih sabar. Extra-credit agaknya. Moga aku & isteriku lulus ujian ini...

6 comments:

CheAyu said...

Wei.. apsal ko bunyi cam indon?

Pak Uda said...

Bunyi macam Indon! hehehe.. Gue rasa ini hasilan & pengaruh gue nonton drama "Kiamat Sudah Dekat" sih....

Leilanie said...

ha ha.
Ini memang sah Bahasa Indonesia.
sah, bahasa baku.

Terjuling-juling mata ku membacaya.
:)

I hope and pray that Eimran gets back to his usually cheery healthy self, soon.
:)

Anonymous said...

Laaa..bila masa plak papa jd indon nih? Tu la syok sgt tengok "Kiamat sudah dekat" tu...tapi cerita tu memang best kan papa! Hehe..

Anonymous said...

salam,

been reading your blog since 2 months back .. dapat link from your wifey's blog (sori ek anis, aku tompang bace heheh)

moga Eimran dah kembali sembuh.. amin

tergerak nak komen sbb kita pun peminat sinetron yang sama.... bersambung man..

Pak Uda said...

Dear Satu Batch kat U...

Terima kasih kerana doakan Eimran. Alhamdulillah dia dah sihat.

By the way, apa jadi kat Kiamat Sudah Dekat? Hj Romli dapat tak kahwin dgn ibu Endang? Wak Jol pulak camane? Aku tak sempat nak nonton, 2-3 hari lepas asyik balik lambat je....

Eh, hang ni sapa ek?